- Dapatkan link
- X
- Aplikasi Lainnya
Ya Allah Wahai Tuhan kami Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki Sumber segala asrarMu diperolehi Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi Jalan syariatMu yang menunjuki Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi Shalawat yang Engkau redhai Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi Shalawat yang dengannya kami diredhai Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami. Shalawat ini terkenal dengan nama "Nurul Qiyamah" dan banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhanirahimahullahdalam "Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat", shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawirahimahullahdan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan "Nur al-Qiyamah" kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan dengan 14,000 shalawat. Dalam shalawat ini juga Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dirujuk sebagai "..al-mutaqaddim min nuri dhiya-ik".... yakni makhluk yang paling awal diciptakan daripada sinar cemerlang nur yang dimiliki oleh Allah ta`ala, iaitu merujuk kepada awwaliyyah Nur Muhammad yang diterima oleh ramai para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagai makhluk yang paling awal dijadikan Allah ta`ala mengikut tafsiran yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah. Dan menarik juga untuk dinukilkan di sini bahawa Ra-isul Muhadditsin al-'Alim al-'Allaamah Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi`alaihi rahmatul Baridalam "Fadhilat Shalawat" karangan beliau yang telah diterjemahkan turut memuatkan shalawat ini. Pada halaman 79 beliau menyatakan bahawa Syaikh Abdul Haq (seorang muhaddith dari Delhi) menulis dalam kitabnya "Targhib Ahli Sadat" menulis bahawa jika seseorang membaca shalawat ini (yakni Shalawat Nurul Qiyamah) 70 kali ketika hendak tidur, dia akan dapat melihat RasulullahshallaAllahu `alaihi wa sallamdalam mimpinya. Buku terjemahan "Fadhilat Shalawat" bagi Mawlana Zakaria ini ese nampak udah dicetak dengan cetakan baru yang cantik dan kemas oleh pihak Inteampublishing dengan jodol "Kelebihan Selawat". Eloklah kome dapatkan sebelum habis stok, banyak manfaatnya untuk menambahkan lagi gemar kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dicatat oleh Abu Muhammad di 4:49 PTG
Terimakasih kpd artikel sumber: y2pin.blogspot
Komentar